Thursday, 19 April 2012

AYAT-AYAT GRAMATIS n CONTOH KARANGAN

NI aq ade bkalkan sdikit contoh karangan yg baek dan nota ntuk ayat2 gramatis ..... gneknlah dgan bek , dan manfaatkan ... maby ringankn keje anda !! gudLUCK !!


AYAT GRAMATIS

1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraan
hatiku terlonjak keriangan
bibirnya mengukirkan senyuman
deraian ketawa memecahkan kesunyian
menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih
wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai

2)Frasa bagi menggambarkan kesedihan
hatiku sebak menahan kepiluan
deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu
airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar
duka yang terlara
hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan
hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai

3)Frasa bagi menggambarkan ketakutan
peluh sejuk mengalir di tubuhku
aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa
tubuh menggigil, menggeletar ketakutan
darah berderau
mata terbeliak, terperanjat

4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspens
lembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan
derapan tapak kaki kedengaran
burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta
anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang
daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang
angin bersiulan di luar pintu
awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya
kita perlu mengorak langkah

Kebaikan Yang Diperolehi Melalui Sekuntum SenyumaN

Secara saintifiknya, senyuman terhasil daripada pergerakan otot. Apabila kita tersenyum,kita akan hanya menggunakan 17 otot berbanding dengan 43 otot jika mengerutkan dahi. Apabila tersenyum,otot zigomatikus dan levatorangulioris akan bekerjasama untuk menarik hujung bibir ke atas untuk menghasilkan senyuman. Kajian telah menunjukkan senyuman dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.Darah akan sampai ke hipotalamus, iaitu bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi. Ia akan menghasilkan perasaan gembira. Senyuman dan ketawa juga mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Secara fisiologinya, tekanan mengakibatkan proses metabolisma berjalan secara tidak normal. Metabolisme yang tidak normal akan mempercepatkan penumpuan metabolit atau terbentuknya protein yang tidak sempurna sehingga keefisienan sel berkurangan. Senyuman yang diakhiri ketawa mengaktifkan kimia badan secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, artritis,ulser dan proses penuaan pramasa. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik untuk melancarkan peredaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.Proses ini melibatkandiagma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang. Otot abdomen akan bertambah kuat dan fungsi otot juga meningkat. Ini akan meningkatkan lagi daya pemikiran, kepekaan dan keupayaan otak untuk menerima maklumat dan ilmu baru. Seseorang akan kelihatan lebih yakin terhadap kerja yang baru dilakukan apabila dia tersenyum dalam setiap aktiviti kehidupan seharian dan ini menjadikan seseorang itu mudah didekati dan disenangi. Senyuman dapat mensimulasikan seseorang berfikir positif dan mencetuskan perasaan gembira dan ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan. Tabiat senyum berkaitrapat dengan kematangan berfikir seseorang dalam menyelesaikan sesuatu masalahdalam kehidupannya. Senyuman yang dilemparkan juga mampu membahagiakan orang di sekeliling anda. Keceriaan seseorang mampu memberikan impak positif dansemangat kepada orang lain yang dilanda kemurungan. Senyuman tidak memerlukan modal tetapi membuahkan hasil bermanfaat kepada kesihatan fizikal, rohani dan pergaulan sesama manusia. Oleh itu, tidak rugi untuk terus tersenyum kerana ia merupakan pelaburan tanpa modal yang amat menguntungkaN



Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.

Bagi para remaja yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk melakukan aktiviti riadah dan juga senaman agar tubuh mereka tidak menjadi lesu dan tidak bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang.

Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia, Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.

Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat dewasa ini. Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka.

 
Cara-Cara Memanfaatkan Masa Lapang
Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.
Bagi para remaja yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar .
Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa
bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang.
Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia, Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.
Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat dewasa ini. Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang.Para pelajar wajib menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan, samada menyertai persatuan, unit beruniform, mahupun olahraga.Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran, sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum.
Melalui aktiviti ini, tubuh badan kita akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot dalam tubuh kita akan bergerak dengan lebih aktif lantas mengeluarkan peluh. Tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran, manakala tubuh yang tidak sihat akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya sekaligus mampu menjejaskan tumpuan pembelajaran di sekolah.
Faedah kedua melalui aktiviti kokurikulum di sekolah adalah, para pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.Masa lapang yang tidak diisi dengan baik memungkinkan para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, berpeleseran di pusat membeli-belah ataupun melepak bersama rakan-rakan yang berperangai tidak senonoh sehingga memungkinkan terjadinya tabiat merokok, menghisap gam dan dadah.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar mendapat pelbagai faedah seperti dapat menambah kenalan tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.Secara tidak langsung, mereka juga dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, budaya dan juga agama.Disamping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga membolehkan para pelajar menambahkan pengetahuan mereka tidak kira dari segi perubatan, pertahanan diri, pengetahuan asas mengenai dunia luar, sains dan teknologi dan tidak lupa juga mengenai keolahragaan dan kesukanan .
Berdasarkan huraian yang diberikan, maka jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar dewasa ini. Para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka kerana tidak semua insan di muka bumi ini yang cukup bertuah kerana mendapat makanan,tempat kediaman,  pakaian, dan pelajaran yang cukup untuk bekalan di hari muka.
Kelebihan Tinggal Di Asrama
Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajarnya. Ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Namun, dewasa ini, semakin ramai pelajar yang tidak tahu untuk menghargai kemudahan yang disediakan ini dan lebih suka untuk berulang-alik dari sekolah ke rumah setiap hari.
Fenomena ini dikatakan seiring dengan dunia yang serba moden masa kini yang membuatkan para pelajar menjadi malas dan lebih suka untuk bergantung kepada ibu bapa semata-mata untuk menjemput dan menghantar mereka ke sekolah. Namun, tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka sangat rugi kerana tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya kerana terdapat banyak kelebihan tinggal di asrama berbanding dengan berulang-alik ke rumah setiap hari.
Tinggal di asrama memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari. Seumur hidup mereka, mereka telah dimanjakan dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidupsehinggakan mereka tidak berpeluang untuk menjalani hidup berdikari seperti mencuci baju sendiri, melipat kain sendiri, menyapu, mengelap lantai, membuang sampah, mencuci tandas dan sebagainya kerana adanya ibu atau pembantu rumah untuk menjalankan kerja-kerja berat seperti ini.
Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Ini membolehkan mereka menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu terdedah kepada gejala buruk di luar sekolah seperti melepak, berjudi, merokok, dan bermain permainan video. Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
Tinggal di asrama mampu mendisiplinkan sikap dan kelakuan para pelajar. Melalui jadual waktu yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri untuk mengikut tempoh dan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu, tinggal di asrama juga boleh mengurangkan keadaan ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
Selain itu, tinggal di asrama juga membolehkan ibu bapa menjimatkan kos perbelanjaan seharian mereka. Jika pelajar tidak menetap di asrama, ibu bapa perlu menanggung kos ‘duit saku’, ‘duit pengangkutan’ dan sebagainya.Justeru itu, tinggal di asrama dapat meringankan beban para ibu bapa khasnya dari golongan yang tidak berkemampuan.
Menetap di asrama juga membolehkan para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran. Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan mereka adalah kecil berbanding dengan mereka yang menetap di luar asrama. Malahan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari pelajar harian kerana disiplin dan jadual waktu yang lebih ketat daripada di rumah. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa tinggal di asrama adalah lebih baik daripada menjadi pelajar harian
Usaha Mencantikkan Sekolah dan Tujuannya
Kita menginginkan sekolah kita berada dalam keadaan cantik dan ceria. Namun, impian tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita hanya bergantung kepada tukang kebun sekolah untuk membersihkannya. Sebagai manusia yang memounyai kudrat, kita patut berusaha serta berganding tenaga bersama dalam usaha untuk mencantikkan kawasan sekolah yang kita sayangi.
Langkah pertama yang boleh kita lakukan ialah membuat mural di dinding bangunan sekolah.Aktiviti ini boleh dijalankan ketika mata pelajaran Pendidikan Seni atau pada sebelah petang sebaik sahaja selesai waktu persekolahan.Dinding yang ditulis serta dihiasi dengan kata-kata hikmat dan lukisan pemandangan yang indah pasti menghiburkan hati kita setiap kali melalui bangunan tersebut.
Persekitaran sekolah boleh dihiasi dengan pokok-pokok bunga.Sebagai langkah awal,aktiviti gotong royong yang melibatkan semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru serta para pelajar sendiri perlu diadakan.Peralatan berkebun seperti cangkul, pongkes, dan sabit perlulah dibawa bagi memudahkan kerja-kerja ketika sesi gotong-royong tersebut dijalankan. Di sudut tertentu di laman sekolah, adalah lebih menarik sekiranya sebuah taman bunga yang mempunyai landskap yang cantik disediakan bagi kemudahan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan mengadakan aktiviti riadah ringan.
Sekolah yang mempunyai persekitaran yang cantik dan menyenangkan mata memandang membuatkan para pelajar berasa selesa ketika menghadapi suasana pembelajaran.  Masuk sahaja ke perkarangan sekolah, kehadiran kita seperti disambut oleh bunga-bungaan yang sedang menguntum mekar di taman. Ini menyebabkan hati kita gembira, sekaligus menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa dan santai di kawasan sekolah.Selain kecermelangan dalam bidang pendidikan, imej sekolah uga merupakan satu aspek penilaian yang amat penting dalam etika penilaian sekolah contoh di seluruh Negara.
Sesungguhnya, persekitaran sekolah yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap pelajar.Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga persekitaran sekolah dengan baik serta mengekalkan kecantikan dan keceriaan sekolah untuk kebaikan semua pihak
Kemusnahan Hutan Hujan Tropika
Hutan merupakan kawasan terbesar di muka bumi ini selepas lautan. Ini menggambarkan betapa bermaknanya hutan kepada manusia. Apakah yang akan terjadi jika hutan2 ini dimusnahkan? Penebangan pokok-pokok  tanpa had akan menyebabkan kemusnahan hutan hujan tropika. Keadaan ini akan menyebabkan sistem ekologi yang membekalkan udara bersih kepada manusia akan terganggu. Kawasan hutan yang menjadi kediaman hutan juga musnah. Lalu haiwan-haiwan ini akan hilang tempat mencari makanan.
Aktiviti penggondolan hutan yang berpunca dari kerakusan manusia menebang pokok-pokok boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur. Kawasan tanah tinggi seperti bukit akan mudah runtuh apabila tiada pokok yang menahan kehadiran hujan di atasnya. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan rendah di sekitarnya diancam banjir lumpur akibat hakisan tanah di lereng-lereng bukit. Ekoran itu,nyawa manusia dan haiwan-haiwan turut terancam. Hutan yang ada di muka bumi ini juga dianggap sebagai kawasan rumah hijau.Kemusnahan hutan bermakna tempat berteduh bagi spesies haiwan akan terganggu. Mereka akan kepanasan akibat peningkatanan haba,kesan rumah hijau dan juga pancaran matahari. Malah, bagi kawasan yang rendah,kemungkinan ditenggelami air boleh berlaku apabila hujan tidak dikawal oleh pokok2 yang sudah ditebang.
Lebih malang lagi,kita akan melihat kepupusan habitat haiwan yang menghuni hutan sejak sekian lama apabila hutan-hutan ini musnah. Haiwan-hiwan  liar ini jika tidak mati kelaparan, ia akan pergi ke kawasan kampung berdekatan untuk mencari makanan. Ini akan mengancam keselamatan penduduk berhampiran.                                                                                                                                                                         Kesinambungannya, aktiviti penanaman pokok hendaklah dilakukan secara terancang bagi mengelakkan implikasi buruk samaada kepada manusia mahupun hidupan-hidupan lain.
Pengambilan Gula
Masyarakat moden dewasa ini secara amnya mempunyai tabiat sukakan gula. Mereka sukakan rasa gula yang manis dan menyelerakan. Sesetengah antara mereka pula  berpendapat bahawa gula memberikan tenaga secara semulajadi dalam badan kita. Makanan bergula yang kita makan seharian terdiri daripada dua kategori iaitu pelepasan gula secara pantas dan juga pelepasan gula secara perlahan.
Buah-buahan manis seperti tembikai, limau mandarin, dan manggis serta glukos, gula putih dan gula pasir merupakan makanan yang mempunyai kategori gula yang dilepaskan secara pantas. Selain makanan yang disebutkan sebelum ini, makanan yang berkeadaan ceruh dan sudah diproses seperti kek, roti canai dan nasi juga turut dikategorikan sebagai makanan yang melepaskan gula secara pantas. Makanan yang  telah diproses mengandungi sangat kurang fiber  tak larut dan lemak-lemak perlu daripada selaput bijirin yang boleh melambatkan pelepasan gula.
Makanan bergula berpotensi menghasilkan ketagihan terutamanya apabila seseorang individu tersebut mengalami tekanan darah rendah. Keadaan ini biasa berlaku antara dua masa makan iaitu antara sarapan pagi dan makan tengahhari, antara makan tengah hari dan makan malam dan selepas makan malam sehingga waktu pagi sebelum sarapan. Memakan makanan bergula menyebabkan paras glukos dalam darah naik dengan pantas dan kemudian turun dengan pantas. Paras glukos turun jauh di bawahparas normal dan ketika inilah seseorang individu akan mengalami lesu, tidak boleh menumpukan perhatian dan berasa loya, sakit kepala dan teringin makan sesuatu yang manis dan bergula.
Tekanan darah rendah akan memburukkan lagi keadaan seseorang yang mengalami kemurungan. Memakan makanan berserat tak larut juga menjadikan paras glukos naik dengan kadar perlahan dan tidak setinggi paras berpunca daripada makanan bergula dan diproses, kemudian jatuh perlahan-lahan dan mencapai paras glukos darah normal. Oleh itu, adalah tindakan yang sangat wajar sekiranya kita mengamalkan amalan kesederhanaan dalam apa jua yang kita lakukan termasuklah dari segi pemakanan seharian kita








No comments:

Post a Comment